BERJALAN JALAN DI SEKITAR BANDARAYA MELAKA BERSAMA KELUARGA TERCINTA

     Hari sabtu yang lepas, aku dan keluarga aku pergi ke Melaka untuk melancong. Dah lama jugak la aku tak pergi Melaka ni. Last time aku pergi Melaka pun time aku sekolah menengah. Ada la beberapa tahun yang lepas. Bila pergi tempat yang dah lama tak pergi ni, teruja jugak la rasa. Hari sabtu pagi tu, subuh tu aku dah siap dah untuk pergi ke Melaka. Aku dari Bangi dan family aku dari KL. So aku kena la bersiap awal dan dorang akan bertolak dari KL dalam pukul 7 macamtu dan singgah Bangi kejap untuk ambil aku dekat UKM ni lepastu bertolak ke Melaka sama sama. Family aku ambil aku pukul 8 lebih macamtu dan kitorang pun bertolak la ke Melaka Bandaraya Bersejarah. 


    Kitorang sampai dekat Melaka dalam pukul 10 pagi lebih. Sampai je Melaka kitorang singgah kejap dekat kedai makan untuk makan sarapan pagi, walaupun masa waktu tu nak dekat tengah hari dah. Kitorang makan dalam sejam lebih jugak la. Lepastu kitorang terus pergi ke rumah sewa kitorang yang terletak dekat Bandar Hilir. Sampai je dekat rumah sewa tu, masa pun menunjukkan pukul 11 tengah hari, apa aku boleh kata memang besar betul la rumah tu. Memang puas hati la dengan harganya yang tidak beberapa mahal. Kitorang rehat kejap dekat rumah tu sampai la malam. Malam baru kitorang pergi makan malam dan berjalan jalan di sekitar Bandaraya Melaka. 


                                                        (sarapan kejap di kedai makan setiba di Melaka)


    Malam tu kitorang bergerak ke kedai makan pada pukul 8 malam. Makan malam kitorang ni agak special sebab kitorang makan di kedai makan yang terletak di sebelah sungai. Sampai je kedai tu memang meriah betul. Ada live band yang buat persembahan dekat kedai makan tu dan orang dekat kedai tu pun agak ramai. Kitorang sangat bernasib baik sebab dapat meja makan yang berada betul betul di sebelah sungai. Kedai tu sediakan makanan laut yang betul betul fresh. Kitorang kena pilih sendiri makanan laut. Aku dan abangku pergi la ke tempat memilih makanan laut tu dan banyak jugak kitorang ambil. Ada udang, sotong, ikan dan banyak lagi la. Lepastu kitorang kena pilih makanan laut tu nak masak apa. Kitorang pun pilih la ada yang goreng tepung, ada yang masak 3 rasa dan lain lain. Habis je pilih, kitorang terus tunggu dekat meja dan tanpa disangka sangka, sekejap je makanan tu dah sampai. Bagus betul servis kedai ni. Kitorang pun menjamu selera tanpa fikir apa sebab masing masing lapar waktu tu. Habis je makan, perut pun kenyang, kami pun pulang la ke rumah sewa dalam pukul 11 malam lebih waktu tu.


    Esoknya, memang sangat seronok la bagi aku. Kitorang berjalan jalan di sekitar Jonker Walk. Selama aku hidup 20 tahun dekat muka bumi ni, aku tak pernah pun pergi ke Jonker Walk walaupun pernah ke Melaka. Pertama sekali, kitorang pergi ke kedai pembuatan Mamee. Menarik sangat tempat tu. Aku buat mi segera aku sendiri. Step pertama pembuatan mee tu, aku kena lukis lukis sikit dekat bekas mi segera tu untuk hiasan. Lepas aku siap melukis yang ambil masa lama jugak la, aku letak bekas mi segera aku yang kosong tiada isi tu dekat mesin pembuatan mi segera tu. Memang menarik betul pembuatan mi segera tu. Aku nak explain pun susah so dekat bawah aku sertakan video pembuatan mi segera tu so korang boleh la tengok macam mana mi segera ni dibuat dekat situ. Selepas beberapa jam dekat kedai mi segera tu, aku dan keluarga pun pergi la ke beberapa kedai lain. Lama jugak kitorang dekat Jonker Walk tu. Dari pukul 10 pagi sampai pukul 3 petang jugak la. Lepastu bila perut kitorang dah berkeroncong, kitorang pun pergi la ke kedai makan untuk makan.


                                                          (Hasil dekorasi aku dekat bekas mi segera ni)


                                                  (Bekas mi segera tu letak dekat sini lepas dah siap lukis)


                                                   (Gambar aesthetic wajib ambil tiap tiap kali aku berjalan)


    Sampai je dekat kedai makan, kedai makan tu ramai betul. Kedai makan yang kitorang pergi tu dikira kedai makan viral la orang bilang. Kedai makan tu famous dengan mee gorang special. Mee goreng special tu memang menarik sebab mee goreng tu ada jugak sotong dan udang. Memang besar jugak la udang dan sotong tu murah pun murah. Kitorang order la mee goreng special tu dan beberapa makanan yang lain. Yang menariknya kedai ni bagi semua pelanggan dorang kuih muih free. Sambil sambil tunggu makanan sampai, kitorang pun makan la kuih muih yang dorang bagi free tu. Sedap jugak kuih muih kedai tu. free pulak tu. Sampai je mee goreng tu, peh memang nampak meriah betul mee ni. penuh mee, sotong dengan udang tu sampai penuh satu pinggan. Rasa mee ni takyah kata la memang sedap betul. Aku memang rate 11/10. 


                                    (Mee goreng special memang wajib repeat kalau datang Melaka lagi nanti)

    Habis je makan, perut semua dah kenyang. Kami pun pulang la ke rumah. Masa tu sedih jugak la nak balik. Tapi dengan berat hati ni terpaksa la pulang sebab esoknya adik beradik aku kerja kecuali aku sorang yang bongsu sebab masih belajar. Keluarga aku singgah Bangi kejap untuk hantar aku pulang ke Bangi dan dorang terus pulang ke KL.


    


    

Comments

Popular Posts