Dinner Kolej Aminuddin Baki

    Haritu, aku dah cite pasal aku pergi Ampang untuk beli baju dinner kolej kan. Harini aku nak cerita pasal dinner Kolej Aminuddin Baki atau short form dia ABADI ni. Memang bagi aku memori yang takkan pernah aku lupa la. Memang meriah sangat sangat. Dinner tu baru je malam semalam berlaku. Okay so tanpa aku lengahkan masa lagi, aku akan ceritakan pengalaman aku pergi dinner tu kat bawah.

    Ceritanya, aku memang dah lama menunggu abadi ni. Memang semalam sebelum pergi dinner tu, memang excited teruk la. Aku bersiap awal jugak sebelum dinner tu. Pukul 7 lebih macamtu siap dah sebab aku bas ke dectar sampai kolej pukul 8. Habis je mandi malam tu, aku terus sarung baju dinner yang aku pergi ambil dekat ampang haritu. Bila tengok balik gambar aku pakai baju tu, peh memang stylo habis. Lepas je aku siap, aku terus pergi ke bilik kawan aku sebab kitorang gerak sama sama. Dalam pukul 755 malam tu, aku terus gerak ke depan fep untuk naik bas.

    Sampai je bas, aku nampak semua orang berkostumkan anime. Peh memang bergaya habis la dorang. setelah semua orang dah masuk dalam bas dan bergerak ke dectar. Aku masuk ke dectar dan daftar lepastu terus ke meja mengikut nombor meja yang diberi ketika di meja pendaftaran. Time tu makanan yang tersedia dekat atas meja ni memang buat aku terliur betul. Lapar betul waktu tu sebab aku last makan pagi tu. Dalam pukul 8.30, majlis pun bermula.

    Majlis pada malam tu memang menarik betul. Ada persembahan, sketsa dan banyak lagi la. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Ketua Program. Selepas ucapan, persembahan pun bermula. Aku sangat terhibur dengan persembahan yang dorang buat. Memang kelakar betul. Jam menunjukkan pukul 915 malam, masa untuk menjamu selera pun sudah tiba. Tanpa membuang masa, aku terus ambil makanan yang disediakan atas meja. Memang lapar sangat waktu tu memang tak fikir apa dah. Majlis pun bersambung dengan persembahan seterusnya.

    Majlis tamat pada pukul 11 malam. Aku beredar dari meja untuk pergi ke booth bergambar untuk bergambar dengan kawan kawan aku untuk dibuat kenangan. Habis je tangkap gambar, aku pun pulang la ke kolej.




Comments

Popular Posts