SHORT TRIP KE PORT DICKSON BERSAMA RAKAN RAKAN

     Pada hari ahad yang lepas, aku dan kawan kawan aku pergi berjalan jalan di Port Dickson. Plan yang agak last minute tu menjadi jugak walaupun last minute. Pada awalnya, yang nak pergi cuma la satu kereta. Tiba tiba jadi dua kereta sebab ramai pulak yang nak ikut. Aku memandu kereta sewa yang disewa oleh aku untuk bawak sekumpulan kawan manakala kawan aku Najmi membawa keretanya yang membawa sekumpulan kawan aku yang lain. 


    Kitorang gerak ke sana lambat jugak dalam pukul 12 tengah malam. Time tu Najmi and the gang pergi dulu sebab aku ada hal sikit yang kena buat. Aku bergerak dalam pukul 12.30 macamtu. Dorang tunggu kitorang dekat plaza tol Southville untuk bergerak sama sama ke Port Dickson. Perjalanan dari Bangi ke Port Dickson tak ambil masa yang lama pun cuma sejam lebih sahaja. Sampai je dekat Port Dickson tu memang kitorang teruja habis la. Lagi lagi aku. Disebabkan PKP yang membuatkan aku mereput dekat dalam rumah je, aku memang dah lama tak datang PD ni. 


 

Kitorang lepak tepi pantai tu dalam pukul 1.30 pagi. Kitorang sewa belon berisi angin untuk kitorang duduk di tepi pantai tu. Angin waktu tu memang layan betul. Kitorang dekat situ lakukan banyak aktiviti jugak. Main werewolf, sembang sembang, main air pantai dan banyak lagi la. Selepas seronok beraktiviti dekat tepi pantai tu, sedar sedar dah pukul 5 pagi. Aku dan Najmi waktu tu pergi ke kereta kejap untuk berehat sebab kitorang nak drive pagi tu takut ngantuk. Kitorang berehat sejam je sampai pukul 6 pagi. Aku dan Najmi terus panggil dorang untuk pergi ke surau untuk menunaikan solat Subuh.


                                                            (Bulan malam tu memang cantik sangat)



                                                              (Aku dan rakan rakan di Port Dickson)


    Selepas habis menunaikan solat Subuh dan berehat kejap. Aku solat dan berehat kejap je dekat surau tu sebab aku nak tengok sunrise dekat pantai tu. Bila aku tengok dorang pun tak selesai solat lagi, aku pun start la kereta dan layan pemandangan pagi tu sorang sorang. Dalam pukul 8 macamtu, kitorang pun pergi bersarapan kejap dekat kedai berdekatan muzium tentera darat. Lalu je tepi muzium tu, teringat yang aku pernah masuk muzium ni dulu waktu aku sekolah rendah. Memang mengimbau kenangan yang lepas la. Pagi tu kitorang makan tak berat sangat pun. Cuma roti canai je. Habis je makan, kitorang pergi pusing pusing di sekitar PD dan lepak di tepi pantai sampai la pukul 12.


                                                                (Self healing orang bilang hehe)                        

    Kitorang pergi makan tengah hari di satu kedai nasi ayam viral di Port Dickson. Makanan dekat situ memang sedap. Tak pelik la viral di media sosial. Makananya tak mahal pun. Cuma RM8 je untuk portion nasi yang sangat banyak termasuk ayam bakar. Habis je makan, kitorang pun pergi la surau sekejap untuk solat Zohor. Kitorang pulang kembali ke Bangi dalam pukul 2 petang macam tu sebab ada di antara kami yang ada kelas waktu tu.

Comments

Popular Posts