AMBIL BAJU DINNER KOLEJ DAN BERJALAN JALAN DI KUALA LUMPUR

    Memandangkan dinner kolej dah nak dekat, aku dengan kawan aku pun cari la baju dinner untuk kitorang pakai. Nak cari baju dinner ni memang susah betul. Tema dinner pulak tema anime. Memang payah sikit la. Macam macam platform dah kitorang cari. Harga dia memang semua mahal. Selepas beberapa hari kitorang cari, akhirnya kitorang jumpa jugak baju bertemakan anime yang murah. Kitorang jumpa baju tu dekat Facebook. Aku dengan kawan aku memang tak lepas peluang memang terus confirm nak beli dengan brader yang jual tu. Cumanya, seller tu kata kitorang perlu pergi ke Ampang untuk ambil baju tu. Leceh jugak la nak pergi tu sebab takde transport. Tapi aku ada satu idea. Senior aku ada buat kereta sewa. Aku pun sewa la kereta senior aku untuk beberapa jam.


    Waktu tu kitorang bertolak ke Ampang nak ambil baju tu lepas maghrib. Aku dan kawan aku bertiga pergi ke kolej Ungku Omar dulu untuk ambil kereta senior aku tu. Kereta tu kereta axia auto. Aku pun mula lag start enjin dan terus bergerak ke Ampang. Seller tu kata tunggu dia dekat petronas dekat dengan Tesco Ampang tu. Aku biasa jugak pergi Tesco tu so aku tau la selok belok dekat situ macam mana. Kitorang sampai dekat situ dalam pukul 9. Lama gak tunggu seller tu sampai. Ambil masa sejam jugak la nak sampai tu. Tapi kitorang tetap sabar tunggu. Sampai je seller tu, kitorang pun ambil baju dan try la dalam kereta. Peh memang cantik betul baju tu. Baju yang aku ambil tu daripada anime yang bertajuk Tokyo Revengers. Anime tu menceritakan tentang gangsterisme budak sekolah. Memang nampak garang habis la pakai baju tu. 


    Lepas je ambil baju tu. Aku ajak kawan kawan aku pusing bandar Kuala Lumpur. Kalau nak balik terus masih awal lagi. Alang alang esok takde kelas, aku pun tak lepaskan peluang nak pergi jalan jalan ni. Kawan kawan aku pun bukannya asal KL so okayla nak ajak dorang jenjalan dekat situ. Ampang dengan KL tak jauh pun. Cuma beberapa minit je. Dorang pun setuju nak jalan jalan sebab dorang pun rasa yang masih awal lagi nak balik. Tak berbaloi la bayar sewa kereta mahal kalau terus balik. So aku pun mulakan perjalanan ke Kuala Lumpur.

                            

    Pertama sekali, kitorang singgah kejap makan dekat mamak NZ betul betul di sebelah KLCC. Dorang nampak teruja betul bila nampak KLCC depan mata dorang. Kitorang pun lepak lepak la dekat mamak KL. Seronok berjalan KL tu memang seronok cuma aku paling tak bila jem dekat KL ni. Sebelum aku pergi makan tu memang sangkut jem lama jugak la. Nak cari parking pun satu hal. Habis je makan kitorang pun pergi jalan jalan dekat Kampung Baru kejap.


                                                        (KLCC di sebelah mamak kitorang makan)          


    Jam menunjukkan pukul 1 pagi waktu tu. Aku dan kawan kawan aku pun dah penat berjalan. Kitorang pun pulang la ke Bangi. Tanpa aku sangka, asalnya nak pergi ambil baju dinner je. Tau tau panjang jugak perjalanan aku malam tu. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air. Alang alang pergi ambil baju tu, kitorang pun pusing la kejap KL.



Comments

Popular Posts