BERAYA DI KAMPUNG SELEPAS DUA TAHUN

     Semenjak pandemik COVID-19 melanda negara, pergerakan ke mana mana tempat semuanya terbatas. Salah satu tempat yang aku sangat sedih bila tak dapat nak pergi ialah pulang ke kampung. Lagi lagi time hari raya. Dua tahun jugak la aku beraya dekat KL je. Suasana beraya dekat rumah ni berbeza sangat dengan beraya dekat kampung. Duit raya tak banyak, pergi beraya pun tak dan macam macam lagi la. Selepas dua tahun beraya dekat rumah je, Alhamdulillah pergerakan rentas negeri dibenarkan. Aku happy sangat bila dapat beraya di kampung. Dapat la suasana beraya dekat kampung tu. Time aku tulis blog ni pun, dah lama sebenarnya raya. Aku tetiba rasa macam baru nak cerita pasal ni. Tanpa aku lengahkan masa lagi, meh aku ceritakan pengalaman aku beraya di kampung selepas dua hari tak beraya di kampung halaman kesayanganku yang terletak di Taiping, Perak.


    Selepas sebulan menunaikan ibadah puasa, akhirnya bulan syawal pun tiba. Aku pulang ke kampung pada 1 Mei 2022. Waktu tu patutnya raya hari selasa 3 Mei. Kami bertolak 1 Mei tu pun sebabnya nak la rasa berpuasa di kampung. Dalam perjalanan ke kampung tu, tiba tiba, aku terbaca tweet di sosial media Twitter menyatakan yang esok dah raya. Aku agak la terkejut dan tak percaya pada awalnya tapi, beberapa minit selepas aku baca tweet tu, aku terdengar pengumuman bahawa Isnin 2 Mei tu dah raya. Memang semua dalam kereta aku tu terkejut la. Sampai je dekat rumah opah aku, memang semua gelabah masak untuk hari esoknya sebab tak bersedia. Dorang pun ingat yang hari selasa tu raya. Masuk je rumah aku dan keluarga aku pun tolong tolong la mana yang patut. Alhamdulillah makanan apa semua sempat la siap masak.

    

    Esoknya, memang teruja betul nak raya ni. Aku bangun awal pagi dan bersiap siap untuk pergi ke masjid untuk menunaikan ibadah solat raya. Pergi je masjid memang ramai betul pagi tu. Meriah betul raya tahun ni. Habis je solat apa semua, aku terus balik rumah opah aku. Perut masa tu memang lapar sangat. Dari luar rumah aku boleh bau rendang masakan opah aku. Tanpa fikir panjang, aku ambil pinggan terus ambil beberapa biji ketupat, lemang dan lauk rendang ayam dan daging. Aku yang tulis blog ni selepas sebulan pun tetiba rasa lapar pulak bila teringat balik masakan opah aku. Memang surrr. Habis je makan, kitorang bermaaf maafan sesama keluarga dan masa yang aku tunggu tunggu, pemberian duit raya. Kaya jugak la aku raya ni. Tapi apakan daya, balik je universiti ni confirm habis cepat. Selepas bermaaf maafan, saudara belah mak aku pun datang untuk beraya. Ramai jugak saudara belah mak aku datang untuk beraya. Aku pun menjemput la dorang masuk untuk makan makan. Dalam pukul 12 macam tu tetiba rasa penat la pulak. Aku pun masuk la bilik untuk rehat kejap.


    Bangun je dari tidur, aku sedar sedar dah pukul 5 petang. Lama jugak la aku tidur. Aku bangun je tidur terus duduk duduk kejap lepastu aku pergi solat. Malam tu aku dengan sepupu bercadang untuk pergi jalan jalan dekat Bazaraya Taiping. Bila ingat balik, rindunya Bazaraya ni. Lama tak datang. Kitorang gerak pergi situ dalam pukul 8 malam lebih. Sampai je Bazaraya tu, memang meriah betul. Orang ramai sangat sangat sangat. Aku pun pergi la pusing pusing dekat situ. Aku takdela. nak beli apa pun. Aku datang situ sebenarnya nak makan makan je. Makanan tak payah cakap la. Memang macam macam jenis makanan ada. Habis penat pusing beberapa round, kitorang pun pergi la cari makanan lepastu makan dekat meja yang disediakan dekat situ. Aku order corndog dengan air kopi vietnam time tu. Peh lama betul tak makan corndog ni. Memang sedap. Habis je makan dan sembang sembang ditemani kopi vietnam yang pekat dan sedap tu, kitorang pun balik la ke rumah opah aku dalam pukul 11 macamtu.


    Selepas 5 hari duduk dekat kampung, aku pun pulang la ke rumahku. Memang seronok betul beraya dekat kampung ni. Suasanya memang jauh beza dengan beraya dekat KL. Boleh lepak dengan sepupu sepapat, makan makanan masakan opah dan macam macam lagi la. Aku bersyukur sangat bila pengumuman pergerakan rentas negeri tu dah dilonggarkan. Balik tu macam biasa, memang jem betul jalan nak balik ke KL. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 3 jam tu jadi 9 jam jugak atas jalan. Nak buat macam mana, terpaksa la hadap walaupun tak rela. Jadi itu la cerita raya aku yang sungguh menarik bagi aku. Aku tak sabar nak balik kampung pada masa yang akan datang.



    

Comments

Popular Posts