PENGALAMAN MENGENDALI PROGRAM

     Selama aku hidup, aku tak pernah kendali program. Selama ni pernah je join program tapi aku tak tau pun macam mana proses orang yang handle program tu. Bila fikir balik, macam senang je orang handle program ni. Aku cuma fikir yang dorang ni cari dana lepastu penat sikit waktu hari program tu je. Rupanya aku salah. Bila masuk UKM ni, aku aktif la jugak. Aku join kelab Ekonomi di bawah fakulti ni. Nak cari pengalaman la niatnya. Bila start sem 2 ni, dah mula la aku kena handle program ni. Baru aku tau handle program ni bukan senang. Sangatlah complicated.


    Program pertama yang aku kena handle time aku join kelab Ekonomi ni ialah program CAEM. CAEM ni ialah singkatan kepada Cabaran Ahli Ekonomi Muda. Aku berada di bawah post program. Awal awal tu sejujurnya memang aku lost. Aku taktau kerja apa yang aku kena buat. Aku bersyukur sangat sebab waktu tu aku ada partner yang sangat banyak tolong aku. Dari mula kena buat kerja mengikut gerak kerja yang dibuat oleh Majlis Tertinggi sampai la habis program. Tak lupa jugak senior senior kelab Ekonomi yang banyak jugak support aku dan layan je pertanyaan aku dari A sampai Z. Banyak jugak la kerja aku buat untuk program ni. Buat soalan peserta, jaga cue ketika program dan banyak lagi la. Stress jugak pada awalnya sebab taktau nak buat apa tapi bila aku dapat tengok hasil kerja aku, memang aku rasa sangat bangga sebab program tu berjalan dengan lancar.


    Selepas berminggu minggu siapkan persiapan untuk hari program, akhirnya hari program pun tiba. Program tersebut berlangsung dari 16-18 Mei 2022. Program ni berlangsung di atas talian menggunakan platform Microsoft Teams. Semua AJK program perlulah berada di bilik meeting untuk handle program tersebut agar program berjalan dengan lancar. Hari pertama aku pergi ke situ, memang rasa kekok. First time aku jumpa senior masa tu. Aku cuma pernah tengok dorang online. Tapi haritu first time aku tengok dorang depan depan. Aku gagahkan diri la untuk bertegur semua orang. Prinsip diri aku ni senang je. Kalau kenal semua orang, lagi senang aku nak buat kerja. Sebabtu la aku berkenalan dulu dengan dorang ni so papehal aku tanya je dorang kalau taktau nak buat macam mana. Hari pertama tu aku tak perlu buat apa apa pun sebab aku incharge pada hari ketiga. Hari pertama tu aku cuma berkenal kenalan je dengan senior yang ada di situ dan aku nak tengok flow program ni macam mana sebenarnya. Maklum la tak pernah handle program.


                                                                   (first day program CAEM)


    Hari ketiga dan hari terakhir pun tiba untuk program Cabaran Ahli Ekonomi Muda (CAEM). Hari tu aku incharge untuk slot The Battle Of Young Economists atau bahasa singkatan dia TBOYEC. Pada hari tu aku kena jaga cue untuk slot TBOYEC ni. Aku bangun awal hari tu dalam pukul 6 pagi jugak sebab aku kena datang bilik meeting tu awal. Aku bangun je, siap siap dan terus gerak ke bilik meeting tu pukul 7.30 pagi. Sampai je bilik meeting tu memang takut jugak la rasa pada awalnya sebab tu first time aku kena betul betul handle program. Kalau aku tersalah bagi cue nanti rosak la timing program ni. Aku pastikan aku bersedia sebelum program bermula. Dalam pukul 9 macamtu program bermula dan aku bermula la bagi cue untuk slot TBOYEC ni. Selepas beberapa jam, slot TBOYEC ni pun tamat. Program ni tamat dalam pukul 1 petang dan aku kena datang balik bilik meeting ni pada pukul 2 petang untuk majlis penutup program. Aku pun bercadang untuk balik la bilik kejap untuk solat dan berehat apa semua.


                                                     (time ni aku jaga cue TBOYEC memang nervous betul)


    Pada pukul 2 petang tu, aku pun datang la balik bilik meeting tu untuk majlis penutup. Selepas beberapa jam, majlis penutup pun tamat. Alhamdulillah program pun berjalan dengan lancar selepas berminggu minggu persiapan dibuat untuk program tu. Selesai je program, ada sesi bergambar kejap bersama semua AJK program CAEM tu dan gambar ahli kelab Ekonomi. Habis je sesi bergambar, masa untuk kitorang semua bersurai. Bagi aku, ni la pengalaman yang aku takkan lupa sampai bila bila. Ada masa aku stress, ada masa aku rasa seronok. Pengalaman ni memang takkan aku boleh beli di mana mana.


                                                                     (AJK program CAEM)    


                                                                (Exco kelab Ekonomi 21/22)
                                                            


    

Comments

Popular Posts