PAHIT DAN MANIS KEHIDUPAN

     Bagi aku, minggu ni banyak jugak benda yang berlaku. Ada yang buruk, ada yang seronok. Akan aku ceritakan semua benda yang berlaku minggu ni dekat bawah.


    Antara cerita yang menarik berlaku minggu tu ialah aku pergi ke Putrajaya dengan kawan baik aku. Selama 20 tahun aku hidup dekat KL, jarang la aku pergi Putrajaya ni. Ye la boleh tahan jauh jugak la dengan rumah aku sejam jugakla. Tapi sekarang ni aku duduk dekat Bangi cuma 20 minit je nak ke Putrajaya. Bila plan nak ke sana tu memang tak sabar betul la. Sekarang ni bulan Ramadhan dah menjelma, jadi aku pun bercadang untuk pergi ke sana waktu dah nak berbuka. Jadi selepas berbincang, kitorang pun pergi la dalam pukul 5 macamtu untuk tempah meja dekat kedai makan


    Waktu tu kitorang berbuka dekat restoran tomyam dekat Putrajaya ni. Taktaula dekat mana tapi dekat Putrajaya lah. Makanan dekat situ memang tiptop. Sedap betul tomyam dia. Habis je makan, kitorang pergi jalan dekat sekitar Putrajaya. Malam dekat putrajaya tu memang cantik betul. Kitorang lepak dekat tepi tasik Putrajaya tu. Lampu lampu malam tu memang betul betul "instagrammable". Memang terus aku tangkap gambar untuk aku tambahkan koleksi gambar aesthetic aku.

                                               (gambar time aku berbuka haritu tomyam dia memang win)

                                                                                               (gambar aesthetic yang aku tangkap haritu)


    Minggu ni pada awalnya memang seronok. Tapi nak dijadikan cerita, ada jugak la masalah menimpa. Bak kata pepatah Melayu "malang tidak berbau". Ada satu masa ni, kawan aku dari KL datang nak berbuka dengan aku dan kawan ukm. Kitorang pun pergi la tunggu dekat kpz sambil menunggu kedatangan dia dari KL. Jam waktu tu dah menunjukkan pukul 7.10 tapi aku hairan kenapa dia ni masih tak sampai lagi. Tiba tiba aku perasan ada orang telefon aku. Rupanya kawan aku dari KL tu telefon aku. Dia kata dia accident dekat gate ukm. Ada kereta langgar dia dari belakang. Aku dengan kawan aku pun terus pergi dekat dia. Alhamdulillah dia takde apa dan kereta takde apa. Betul betul dugaan bulan puasa. Kereta dia cuma calar sikit je. Lepas berbuka, kitorang check kereta tu dan hantar kedai untuk hilangkan kesan calar tu.

(gambar yang ditangkap lepas accident)


    Kesimpulan cerita aku untuk minggu ni, di dalam kegembiraan pasti ada kesedihan. Kadang kadang kita tak boleh lari daripada kesusahan sebab ini adalah lumrah kehidupan. Kita sebagai manusia perlulah hadap apa jua masalah kerana masalah ini la yang akan mematangkan kita. 

Comments

Popular Posts