PUASA PERTAMA DI UKM DAN BERBUKA DI PUTRAJAYA

     Dalam posting sebelum ni, aku ada mention pasal berpuasa dekat UKM. Tapi kali ni, aku nak cerita hari pertama aku berpuasa dekat UKM. Hari pertama berpuasa di UKM ni memang mencabar betul. Waktu tu memang rasa kekok sikit la sebab belum kenal lagi UKM. Nak sahur dekat mana, nak berbuka dekat mana. Tapi bersyukur sikit sebab aku dah kenal beberapa orang dekat sini so takdela berbuka dekat bilik je. Selama ni bukannya aku tak pernah berpuasa selain dekat rumah. Pernah je dekat asrama sekolah dan matrik. Cuma suasana la lain sebab dulu time sekolah memang duduk sekali satu batch lepastu matrik pun memang dah berbulan kenal lepastu puasa so takdela kekok tu. Degree ni jela mencabar sikit sebab tak kenal ramai and baru je masuk sini.


    Malam 1 Ramadhan tu, aku pergi solat terawih dengan rakan sekolejku dekat masjid universiti. Kitorang jalan pergi situ sebab tahun pertama kan. Nak bawak motor rasa macam awal lagi, kalau nak bawak kereta tahun kedua baru boleh. So kitorang pun pergi la masjid malam tu dan suasana dekat masjid tu memang meriah. Selepas habis solat, kitorang pun balik la kolej memandangkan kerja pun boleh tahan banyak jugak malam tu. Sampai je kolej, aku terus buat kerja sampai la pukul 1230 malam. Malam tu aku terfikir macam mana eh aku nak sahur ni. Waktu tu aku takde roommate lagi sebab roommate aku kata dia masuk kampus minggu kedua puasa. So kalau takde orang kejut, memang tak punya aku bangun sahur ni. Aku pun roger la kawan kolej aku untuk naik motor pergi mamak untuk makan sahur siap siap takut tak bangun pagi tu. 


    Esoknya, aku bangun untuk kelas pukul 10 pagi. Masa tu memang mencabar jugak la sebab selalunya aku bangun je tidur akan minum air sebab tekak kering. Aku tabahkan diri jugak terus pergi mandi apa semua dan masuk kelas pukul 1055 pagi tu. Hari tu aku kelas dari pukul 11 sampai 4 petang. Habis je kelas pukul 4 tu, kawan aku ajak berbuka dekat dataran Putrajaya. Katanya berbuka ShellOut. Aku dengar je makan ShellOut dan berbuka dekat luar ni, memang aku tak lepas peluang. Aku terus siap siap mandi solat apa semua, aku terus tunggu dekat luar bilik untuk dia ambil aku pergi ke Dataran Putrajaya.


    Perjalanan ke Dataran Putrajaya tu tak jauh pun, cuma 20 minit je dari Bangi. Kitorang time tu gerak dari Bangi pukul 545 petang. Disebabkan kitorang singgah ambil makanan jap, perjalanan 20 minit tu jadi sejam jugak la. Kitorang sampai dalam pukul 645 petang dekat dataran tu. Sampai je dataran tu, memang meriah sangat tempat dekat situ. Orang dekat situ memang tersangat ramai. Kitorang nak cari parking waktu tu pun agak susah la. Selesai je parking selepas beberapa pusingan dekat tempat sama, kitorang pun jalan la pergi cari tempat berbuka. Kitorang ternampak satu port yang baik la untuk kitorang berbuka. Dekat padang mini area dataran tu. Kitorang terus pergi situ untuk berbuka memandangkan waktu masa tu dah nak dekat waktu berbuka. Kitorang duduk di dalam bulatan dan letak makanan dekat tengah. Habis je letak makanan azan pun dah mula berkumandang, kami pun terus menjamu selera selepas habis baca doa.

                                                                  (langit maghrib di Putrajaya)

                                                        

                                                        (ShellOut yang kami makan memang sedap betull)


    Habis je makan, kitorang pergi jalan jalan dekat sekitar dataran tu. Memang cantik betul lampu lampu dekat situ. Dalam pukul 9 malam macamtu, kitorang pun pulang ke Bangi semula. Pengalaman berpuasa di UKM ni akan aku ingat sampai bila bila. Ni pertama kali jugak la aku berbuka dekat dataran waktu berbuka puasa. Memang pengalaman yang sangat menarik bagi aku. Kitorang sampai UKM balik dalam pukul 10 malam.


                                                         (Mahkamah di Putrajaya di waktu malam)






Comments

Popular Posts