MENONTON PERLAWANAN BOLASEPAK DI STADIUM UKM

     Pasukan bolasepak UKM telah berjaya pergi ke final Liga IPT. Aku sebagai warga UKM berasa sangat bangga dengan pencapaian universiti aku ini. UKM akan menentang pasukan daripada UPNM. Pada minggu lepas, pada "leg" yang pertama, UKM telah dikalahkan oleh pasukan UPNM sebanyak 1-0 di stadium UPNM. "Leg" kedua diadakan di stadium UKM. Aku dan kawan kawan aku pun bercadang la untuk pergi ke stadium untuk tengok perlawanan bola tersebut.



    Waktu tu, perlawanan bolasepak tu bermula pada pukul 8 malam. Aku dengan kawan aku bersiap siap untuk pergi ke stadium pukul 730 malam. Selepas habis solat dan mandi apa semua, aku dan kawan aku pun terus la pergi ke stesen bas untuk menaiki bas untuk pergi ke stadium. Bila tengok suasana di luar stadium waktu tu, memang sangat meriah. Ramai betul yang datang untuk menyokong pasukan UKM pada malam tu. Aku dengan kawan aku pun terus la masuk ke stadium. Kitorang waktu tu terlambat sikit je. Memang penuh tempat duduk. Semua dipenuhi dengan penyokong pasukan UKM dan UPNM. Tapi nak buat macam mana. Kitorang pun pergi la tengok dari tepi padang pada asalnya.


Sepak mula pun bermula dalam pukul 8 malam. Waktu tu permainan sangat la sengit. Waktu tu jugak memang sangat meriah sebab ultras UKM dan UPNM mendendangkan lagu untuk menaikkan semnagat para pemain dari universiti masing masing. Bulu roma memang meremang la tengok bola waktu tu. Aku berharap sangat UKM menang. Tapi tiba tiba, pasukan UPNM telah menjaringkan gol pertama yang agak cantik. Aku memang kecewa betul la waktu tu. Pasukan UKM telah buat yang terbaik tapi disebabkan mistake yang kecil terhasil la gol tu. Selepas permainan yang menarik dibuat oleh kedua dua pasukan, wisel penamat ditiup tanda tamat separuh masa pertama. Aku dan kawan aku pun pergi la cafe kejap untuk beli makanan untuk dimakan semasa separuh masa kedua bermula.


Separuh masa kedua berlalu selepas beberapa minit. Aku dan kawan aku sampai je dari cafe KKM ke stadium tu memang betul betul on time. Aku sempat la beli jajan sikit dan air. Separuh masa kedua tu memang betul betul menarik. Pasukan UKM banyak kali menyerang namun ditahan oleh pasukan UPNM. Benteng pertahanan UPNM memang betul betul on form waktu tu. Nak dijadikan cerita, pasukan UPNM berjaya menyumbat lagi satu gol secara counter attack. Waktu tu nampak jugak la kekecewaan penyokong UKM termasuk aku. Akan tetapi, ultras UKM tetap semangat memberi semangat kepada para pemain. Selepas 90 minit permainan, wisel penamat ditiupkan. Penyokong UPNM bersorak kegembiraan manakala penyokong UKM berasa agak kecewa termasuk aku. Akan tetapi, kesedihan tu tak lama sebab aku percaya bahawa pasukan UKM pasti akan memenangi trofi ini pada liga liga yang akan datang.


    Selepas tamat perlawanan tersebut, aku pun pulang la ke kolej dengan menaiki bas. Bagi aku, ini adalah pengalaman yang sangat menarik. Suasana perlawanan pada malam itu sungguh meriah. Meskipun kalah, aku tetap berpuas hati dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pasukan UKM.

Comments

Popular Posts