PENERANGAN SEDIKIT TENTANG MICROSOFT ACCESS

     Semasa aku di sem 2 degree ni, aku first time guna Microsoft Access ketika mempelajari subjek Aplikasi Komputer EPPD 1033. Selama 20 tahun aku hidup di dunia ni, aku tak pernah dengar dan guna pun Microsoft Access. Microsoft Access ni banyak kebaikan dan kegunaan dia. Aku akan cerita sedikit tentang Microsoft Acess ni dekat bawah.



Microsoft Access ialah program aplikasi yang dihasillkan Microsoft yang berguna untuk mencipta, memproses dan menguruskan pangkalan data. Database (pangkalan data) adalah koleksi arkib data dalam bentuk jadual yang saling berkaitan atau berkaitan untuk menghasilkan maklumat. Untuk menghasilkan maklumat, anda perlu mempunyai DATA untuk digunakan sebagai input.

Selain tu, Microsoft Access pun ada faedahnya jugak. Antaranya ialah;
  • Menjimatkan masa dan usaha
  • Menjadikan kerja lebih mudah untuk dijalankan dan tidak memenatkan
Antara item-item yang terdapat dalam Access terdiri daripada;
  • Jadual
  • Pangkalan data
  • DBMS
  • Pertanyaan
  • Kekunci utama
  • DDL DAN DML
  • Bidang
  • Rekod
  • SQL
Jika anda membaca apa yang aku tulis ni, tahniah diucapkan kepada korang. Minggu lepas korang dah belajar tentang apa itu HTML dan minggu ni pula korang dah berjaya belajar tentang Microsoft Access.

Comments

Popular Posts